Close Menu
KLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 2024
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 2024

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 2024
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Thursday, July 30
    Trending
    • Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak
    • Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value
    • How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More
    • Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide
    • Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060
    • Will There be a COVID Winter Wave? What Scientists Say
    • Exercise, Dieting and Other Weight Loss Myths Debunked by Fitness Expert
    • 5 Tips to Prioritize Exercise in a Busy Schedule
    Facebook X (Twitter) Instagram
    KLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
      • Trending
      • Dunia
    • Lifestyle

      Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

      May 26, 2024

      Pemulihan PLKN tingkat pembangunan belia dan perpaduan negara – Danial Bin Marnokaran Abdullah 

      May 21, 2024

      Bagaikan berada di Bumi Kenyalang, sambutan Aidilfitri SOCC Holdings bertema budaya Sarawak

      May 20, 2024

      Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

      May 19, 2024

      Huggies rai Hari Ibu dengan acara fun run, lancar lampin terbaharu

      May 15, 2024
    • Beauty
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

      May 26, 2024

      Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

      May 26, 2024

      Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

      May 26, 2024

      Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060

      May 26, 2024

      Coalition Calls for “Bolder Action” to Make New Residential Buildings Safer

      May 26, 2024

      France: Oil Refinery Blockades By Striking Workers Causing Fuel Shortages

      May 26, 2024

      Modern Fighter Jets Comparison: Parliamentary Committee on Defense Report

      May 26, 2024

      Women’s Tennis Association Could Pull Out of China

      May 26, 2024

      Tokyo Officials Plan For a Safe Olympic Games Without Quarantines

      May 26, 2024

      Review: MotoAmerica Fans Will Be Able To Bet On Races In 2024

      May 26, 2024

      How to Watch Euro 2024 Qualifier Soccer From Anywhere FREE

      May 26, 2024

      Women`s World Boxing Championships: 4 Women Boxers Reached Finals

      May 26, 2024

      Try These 8 Unique Ideas To Make Your Girls Trip Fun And Exciting

      May 26, 2024

      Travel Demand Fuels a Boom in Asia Pacific — Hotel Rooms

      May 26, 2024

      Algeria Takes New Measures to Boost Desert Tourism

      May 26, 2024

      Dubai’s Tourism Sector Witnesses Unprecedented Growth in 2023

      May 26, 2024
    KLHype
    Home » The Show beri definisi baharu norma fesyen
    Lifestyle

    The Show beri definisi baharu norma fesyen

    EpulBy EpulJuly 11, 2023No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email


    SUBANG JAYA: Taylor’s University menjalinkan kerjasama akademik dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), bagi menganjurkan sebuah eksperimen dan gabungan seni, fesyen, kelestarian dan teknologi, ‘THE SHOW’ – Pertunjukan Fusion Fesyen, baru-baru ini.

    Sebanyak 39 reka cipta inovatif dipertunjukkan oleh pelajar berbakat dari program Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen yang mencabar norma tradisional fesyen, mencetuskan kekaguman para hadirin yang terdiri daripada penggemar fesyen, profesional industri, ahli media dan orang ramai.

    Pengarah Program Sarjana Muda Teknologi Reka Bentuk Fesyen Taylor’s, Maria Sandra Wijaya, berkata melalui penggayaan jelas yang merentasi budaya dan sempadan geografi, ‘THE SHOW’ terbukti menjadi pengalaman transformatif untuk semua.

    “Pelajar Teknologi Reka Bentuk Fesyen memanfaatkan keupayaan unik mereka untuk menyepadukan teknologi termaju ke dalam reka bentuk mereka dengan visi artistik.

    “Reka bentuk bijak ini menekankan gabungan fesyen dan teknologi, mendorong aspek kreativiti dan ketukangan lebih jauh untuk mentakrifkan semula masa depan industri,” katanya.

    Acara berkenaan memperkenalkan empat konsep koleksi fesyen – Geometri Organik yang menggabungkan bahan dan warna untuk membentuk struktur dan bentuk pakaian, Fesyen Tidak Konvensional menggunakan seni media campuran untuk mencipta tekstur dan kedalaman, Fesyen Berlapis yang melapisi setiap bahagian tekstil, dan terakhir, Morphe Tanpa Jantina yang berubah menjadi reka bentuk boleh bertukar.

    Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair, berkata ijazah Teknologi Reka Bentuk Fesyen yang ditawarkan oleh Taylor’s Design School direka secara berbeza daripada program fesyen lain.

    “’THE SHOW’ adalah contoh utama bagaimana kami menggabungkan pembelajaran berdaya teknologi seperti pengimbas badan dan pendekatan berasaskan impak ke dalam ijazah teknologi fesyen untuk graduan menamatkan pengajian sebagai pereka bertaraf dunia yang sejajar dengan konsep triple bottom line untuk menopang manusia, planet, dan kemakmuran,” katanya.

    Satu acara Show and Tell Press Segment diadakan di Mayamode, studio fesyen kerja bersama pertama di Malaysia sebelum pertunjukan untuk mempersembahkan Pod Fesyen 3D pertama negara.

    Teknologi pengimbasan badan 3D membantu pengimbasan badan yang jitu dan pengukuran digital, meningkatkan kelajuan pengeluaran, menghapuskan sampel fizikal, mengurangkan kos membuat sampel dan mengurangkan sisa bahan, lalu menjanakan proses pengeluaran fesyen yang lebih mampan.

    Ini dapat dilakukan menerusi kerjasama dengan Puspamara Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar pakaian terkemuka sejak 1970-an bertujuan memenuhi proses fesyen yang berkembang berikutan penyelidikan pembangunan produk yang meluas.

    Pengarah Puspamara Sdn Bhd, Ibrahim Aiman Tan Sri Mohd Nadzmi, berkata pihaknya bergerak ke hadapan sebagai peneraju dalam pembangunan pakaian digital menggunakan pengimbasan badan 3D dan teknologi Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD).

    Penyepaduan Pod Fesyen 3D dan teknologi CLO 3D, alat CAD akan melengkapkan lagi kemudahan teknologi terkemuka di Mayamode, memperkasa fesyen maya dan pakaian yang dibuat mengikut ukuran.

    Selain daripada memperkasakan institusi pendidikan untuk menerapkan teknologi dalam bidang pendidikan, Pod Fesyen 3D juga akan melengkapkan Kempen Saiz Kebangsaan Malaysia diketuai oleh Felo Penyelidik di The Design School, Ts Dr Norsaadah Zakaria dan dengan minat Jabatan Standard Malaysia di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

    Ia diadakan bertujuan untuk menganalisis dan mengumpul ukuran data badan rakyat Malaysia bagi membangunkan sistem saiz standard kebangsaan pertama yang akan memberi manfaat kepada pengguna Malaysia dan industri pakaian.

    Sebelum penganjuran ‘THE SHOW’, pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Spatial Interaktif (Kepujian) diberi peluang bekerjasama dengan pelajar Teknologi Reka Bentuk Fesyen dan rakan industri Mitoworld oleh Virtualtech Frontier untuk mencipta Pertunjukan Fesyen Metaverse pertama di Malaysia yang dipanggil MAYAmode yang mengambil inspirasi daripada bahasa rasmi Malaysia “Maya” yang menandakan maya dan dalam kapasiti yang sama dengan identiti program, studion fesyen Mayamode.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Virtualtech Frontier, pencipta Mitoworld, Jason Low, berkata pihaknya sangat teruja untuk bergabung kemahiran dengan pelajar berbakat ini dalam mewujudkan MAYAmode.

    Katanya, Metaverse luar biasa ini mempamerkan kemudahan dan teknologi maju bersama-sama dengan ruang jualan eksklusif untuk label fesyen Taylor’s, MAYAMODE yang turut menyertakan paparan mengagumkan projek masa lalu yang dihasilkan oleh pelajar Sarjana Muda Teknologi Reka Bentuk Fesyen Taylor’s.

    “Bekerjasama dengan individu yang berwawasan ini, kami sedang melakar hala tuju untuk masa depan fesyen, menerima inovasi, dan menolak sempadan yang boleh dicapai dalam alam digital,” katanya.

    Mengambil langkah untuk mempersiapkan graduan menghadapi landskap pekerjaan masa hadapan yang mencabar, Taylor’s University terus menjadi pelopor dalam pendidikan fesyen, memperkasakan pelajar untuk menerima kemajuan teknologi dan meneroka wilayah yang belum dipetakan.

    ‘THE SHOW’ berfungsi sebagai bukti sebenar komitmen universiti dalam memupuk generasi peneraju fesyen akan datang melalui kecemerlangan pendidikan dan dalam membentuk masa depan industri fesyen, melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengalaman yang betul bagi membangunkan ketangkasan dan kreativiti  menangani masalah yang kompleks.

    ‘THE SHOW’ – Pertunjukan Fusion Fesyen menyaksikan kerjasama dengan SUB International Beauty School untuk menyediakan perkhidmatan rambut dan solek, kasut penajaan ZALORA, OXWHITE untuk baucar hadiah tetamu, Art of Botanicals Cocktail yang disediakan oleh Bombay Sapphire, dan perkongsian jangka panjang dengan Komuniti Tukang Jahit bagi menganugerahkan seorang pelajar dengan Anugerah Reka Bentuk Mampan Inovatif merentas empat konsep fesyen.

    ‘THE SHOW’ turut menyaksikan kerjasama antara pelbagai jurusan merentas Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Riadah melalui persembahan yang menarik, hidangan kanape, dan pameran arca seni diperbuat sepenuhnya daripada coklat, aising, dan bahan makanan yang boleh dimakan.

    Untuk maklumat lanjut tentang program Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen Taylor’s University, sila lawati pautan di sini.

    fesyen Taylor’s universiti
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMalaysia Techlympics tingkat akses PdP STEM pelajar luar bandar
    Next Article Formulasi baru ProVita Secret Desire, bakal tembusi pasaran Indonesia
    Epul

    Related Posts

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 2024

    Al-Ikhsan Sports umum pemenang peraduan ‘The Ultimate Sports Experience – Spend And Win’

    May 21, 2024

    Pemulihan PLKN tingkat pembangunan belia dan perpaduan negara – Danial Bin Marnokaran Abdullah 

    May 21, 2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    May 19, 20247

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 20245

    L’OCCITANE Names SEVENTEEN’s MINGYU as First-Ever Brand Ambassador for Asia

    May 26, 20243

    Hairstyle Tips & Tricks for Successful Winter

    May 26, 20242

    Don't Miss

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    By Isz YuslizaMay 26, 2024

    To understand the new politics stance and other pro nationals of recent times, we should…

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 20240
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 20240

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 20240

    Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

    May 26, 20240

    Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060

    May 26, 20240
    POPULAR POST

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    By Team Editorial KLHypeMay 19, 2024

    Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah…

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 2024

    L’OCCITANE Names SEVENTEEN’s MINGYU as First-Ever Brand Ambassador for Asia

    May 26, 2024
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.

    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at

    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 2024
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 2024

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 2024
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.