Close Menu
KLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 2024
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 2024

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 2024
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Tuesday, July 28
    Trending
    • Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak
    • Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value
    • How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More
    • Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide
    • Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060
    • Will There be a COVID Winter Wave? What Scientists Say
    • Exercise, Dieting and Other Weight Loss Myths Debunked by Fitness Expert
    • 5 Tips to Prioritize Exercise in a Busy Schedule
    Facebook X (Twitter) Instagram
    KLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
      • Trending
      • Dunia
    • Lifestyle

      Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

      May 26, 2024

      Pemulihan PLKN tingkat pembangunan belia dan perpaduan negara – Danial Bin Marnokaran Abdullah 

      May 21, 2024

      Bagaikan berada di Bumi Kenyalang, sambutan Aidilfitri SOCC Holdings bertema budaya Sarawak

      May 20, 2024

      Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

      May 19, 2024

      Huggies rai Hari Ibu dengan acara fun run, lancar lampin terbaharu

      May 15, 2024
    • Beauty
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

      May 26, 2024

      Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

      May 26, 2024

      Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

      May 26, 2024

      Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060

      May 26, 2024

      Coalition Calls for “Bolder Action” to Make New Residential Buildings Safer

      May 26, 2024

      France: Oil Refinery Blockades By Striking Workers Causing Fuel Shortages

      May 26, 2024

      Modern Fighter Jets Comparison: Parliamentary Committee on Defense Report

      May 26, 2024

      Women’s Tennis Association Could Pull Out of China

      May 26, 2024

      Tokyo Officials Plan For a Safe Olympic Games Without Quarantines

      May 26, 2024

      Review: MotoAmerica Fans Will Be Able To Bet On Races In 2024

      May 26, 2024

      How to Watch Euro 2024 Qualifier Soccer From Anywhere FREE

      May 26, 2024

      Women`s World Boxing Championships: 4 Women Boxers Reached Finals

      May 26, 2024

      Try These 8 Unique Ideas To Make Your Girls Trip Fun And Exciting

      May 26, 2024

      Travel Demand Fuels a Boom in Asia Pacific — Hotel Rooms

      May 26, 2024

      Algeria Takes New Measures to Boost Desert Tourism

      May 26, 2024

      Dubai’s Tourism Sector Witnesses Unprecedented Growth in 2023

      May 26, 2024
    KLHype
    Home » Mangsa penipuan pelaburan diminta tampil ke hadapan, usah gusar ugutan ‘Datuk R’ – peguam
    News

    Mangsa penipuan pelaburan diminta tampil ke hadapan, usah gusar ugutan ‘Datuk R’ – peguam

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaNovember 16, 20231 Comment4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    penipuan
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PETALING JAYA – Mangsa sindiket penipuan pelaburan didalangi seorang lelaki bergelar Datuk R dengan hasil pelaburan mencecah RM1 bilion diminta tampil segera bagi membantu mendedahkan kegiatan tersebut.

    Menurut peguam, Ily Nadiah Mohd Yusof, untuk membawa ‘scammer’ tersebut ke muka pengadilan, ia memerlukan kes yang kukuh menerusi bukti-bukti seperti dokumen, saksi dan sokongan yang kuat oleh mangsa yang terlibat.

    “Sekiranya mangsa diugut suspek, pertama sekali, mereka perlu tampil ke hadapan dan kedua, pihak kami akan sediakan bantuan diperlukan dan ketiga, kami akan berikan pilihan.

    “Jadi, InsyaAllah, dalam ketiga-tiga pilihan ini mana yang terbaik untuk mangsa sama ada menjadi saksi sahaja, menjadi pemberi maklumat atau sebagai pengadu sendiri,” katanya pada sidang media pendedahan pelaburan palsu yang mengakibatkan kerugian mencecah RM1 bilion.

    Turut hadir, Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) Shah Abdul Malek dan seorang usahawan dari United Kingdom (UK), Lee Rodger Meiklejohn yang telah membuat pelaburan berjumlah hampir RM60 juta.

    Tambah Ily Nadiah, surat atau emel layang, panggilan telefon sahaja tidak cukup kuat jika mahukan kes yang kukuh sebaliknya perlu ada bukti-bukti dokumen, saksi dan sokongan.

    Media sebelum ini melaporkan mengenai individu bergelar ‘Datuk’ didakwa mendalangi sindiket penipuan pelaburan membabitkan ratusan pelabur dengan hasil pelaburan mencecah RM1 bilion sejak beberapa tahun lalu.

    Malah, difahamkan lelaki tersebut didakwa menjalankan rantaian sindiket penipuan pelaburan ini dengan berselindung di sebalik rakannya bergelar Tan Sri yang didakwa mempunyai pengaruh dengan pihak berkuasa.

    Selain itu, hasil maklumat juga mendapati terdapat ratusan pelabur terdiri daripada kakitangan kerajaan, golongan profesional dan pelabur antarabangsa menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.

    Terdahulu, Shah yang juga turut menjadi mangsa sindiket berkenaan menjelaskan bahawa masih ramai mangsa takut untuk tampil ke hadapan membuat laporan terhadap penipuan lelaki itu kerana diugut kononnya mereka telah melanggar undang-undang dengan tidak mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Usahawan yang menjadi mangsa penipuan dari United Kingdom (UK), Lee Rodger Meiklejohn (kiri) dan Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) Shah Abdul Malek.

    “Jika ada di antara pelabur cuba mengambil tindakan dengan melaporkan kegagalan lelaki tersebut membayar dividen atau wang pokok mereka kepada polis atau pihak berkuasa, pelabur akan diugut dengan cara sedemikian (tidak mengisytihar pendapatan).

    “Malah, individu tersebut juga menggunakan rakannya seorang Tan Sri yang didakwanya memiliki kuasa dalam institusi kerajaan untuk menghalang sebarang tindakan diambil ke atasnya,” katanya.

    Disebabkan itu katanya, ramai mangsa tidak mengambil tindakan melainkan kerajaan boleh memberi jaminan bahawa pelabur tidak akan dianiayai sekali lagi.

    “Selepas hilang wang pelaburan kepada individu tersebut, dan sekarang jika mereka membuat laporan, diambil tindakan pula oleh kerajaan atas kesalahan tidak membayar cukai.

    “Jadi, kami berharap kerajaan perlu masuk campur dalam hal ini demi membela nasib pelabur tempatan dan luar negara yang diperdaya oleh sindiket tersebut,” katanya.

    Dalam pada itu, Shah turut mendedahkan bahawa lelaki tersebut turut memperdaya beberapa agensi kerajaan antaranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), LHDN, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Beliau turut mendakwa lelaki tersebut adalah penjenayah kolar putih yang licik kerana pihaknya telah menemui bukti bagaimana setiap agensi ini telah ditipu atau dimanipulasi olehnya sebagai boneka dalam melindungi dirinya dan kekayaan yang dicuri atau ditipu daripada rakyat.

    “Kami mendapati dia telah melanggar Akta Syarikat 1965 apabila dia menubuhkan syarikat dengan objektif perniagaan palsu, membuat pengisytiharan tahunan palsu dan membuat laporan audit palsu.

    “Beliau juga telah menutup syarikat itu selepas penipuan selesai supaya kesalahan itu tidak dapat dikesan,” katanya.

    Shah berkata lelaki itu juga mengaku memberi rasuah tetapi tidak didakwa.

    penipuan
    Peguam kes, Ily Nadiah Mohd Yusof (kanan).

    “Ahli perniagaan itu membuat akuan bersumpah kepada mahkamah baru-baru ini bahawa dia telah membayar rasuah kepada pegawai kanan sebuah bank.

    “Adalah aneh bagaimana dia boleh berjalan bebas tanpa sebarang pertuduhan di mahkamah kerana rasuah,” katanya.

    Beliau turut mendakwa ‘Datuk Wira’ itu telah membuat pengisytiharan keuntungan palsu dan tidak mengisytiharkan wangnya.

    “Lelaki yang menjalankan sindiket pelaburan palsu itu membawa wang ke negara ini dengan mengeluarkan melalui syarikat pertukaran mata wang.

    “Perbuatan ini menunjukkan bagaimana lelaki itu melakukan pengubahan wang haram,” katanya.

    Shah juga menambah bahawa mangsa baharu telah tampil, selepas media melaporkan kejadian itu.

    “Lapan individu tampil mendakwa menjadi mangsa selepas melihat laporan media berkaitan pembongkaran kes itu, baru-baru ini.

    “Jumlah kerugian yang dialami mangsa baharu ini dianggarkan mencecah jutaan ringgit. Mereka yang tampil datang daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional seperti doktor serta ahli perniagaan.

    “Kami difahamkan mereka telah ditipu lelaki itu sejak beberapa tahun lalu, namun masih belum menghubungi polis,” katanya.

    Justeru, Shah berkata, beliau akan meminta mereka mengumpulkan dokumen berkaitan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk membuat laporan polis.

    Orang ramai yang menjadi mangsa diminta menghubungi talian 014-2214433 atau emel kepada maper.action@gmail.com untuk membantu membawa lelaki tersebut ke muka pengadilan.

    mangsa maper pelaburan penipuan scammer
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFazura, Ayda Jebat antara 100 penerima anugerah usahawan muda berpengaruh 100MIYE 2023
    Next Article Ops Ihsan kumpul 50 tan bantuan kemanusiaan sumbangan orang ramai ke Gaza
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Al-Ikhsan Sports umum pemenang peraduan ‘The Ultimate Sports Experience – Spend And Win’

    May 21, 2024

    Pemulihan PLKN tingkat pembangunan belia dan perpaduan negara – Danial Bin Marnokaran Abdullah 

    May 21, 2024

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    May 19, 2024

    1 Comment

    1. Pingback: Mahkamah Tinggi Malaysia, United Kingdom perintah Ranjeet bayar lebih RM600 juta kes seleweng dana dan pecah amanah

    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    May 19, 20247

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 20245

    L’OCCITANE Names SEVENTEEN’s MINGYU as First-Ever Brand Ambassador for Asia

    May 26, 20243

    Hairstyle Tips & Tricks for Successful Winter

    May 26, 20242

    Don't Miss

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    By Isz YuslizaMay 26, 2024

    To understand the new politics stance and other pro nationals of recent times, we should…

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 20240
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 20240

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 20240

    Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

    May 26, 20240

    Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060

    May 26, 20240
    POPULAR POST

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    By Team Editorial KLHypeMay 19, 2024

    Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah…

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 2024

    L’OCCITANE Names SEVENTEEN’s MINGYU as First-Ever Brand Ambassador for Asia

    May 26, 2024
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.

    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at

    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 2024
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 2024

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 2024
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.