Close Menu
KLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 2024
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 2024

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 2024
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Sunday, July 26
    Trending
    • Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak
    • Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value
    • How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More
    • Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide
    • Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060
    • Will There be a COVID Winter Wave? What Scientists Say
    • Exercise, Dieting and Other Weight Loss Myths Debunked by Fitness Expert
    • 5 Tips to Prioritize Exercise in a Busy Schedule
    Facebook X (Twitter) Instagram
    KLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
      • Trending
      • Dunia
    • Lifestyle

      Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

      May 26, 2024

      Pemulihan PLKN tingkat pembangunan belia dan perpaduan negara – Danial Bin Marnokaran Abdullah 

      May 21, 2024

      Bagaikan berada di Bumi Kenyalang, sambutan Aidilfitri SOCC Holdings bertema budaya Sarawak

      May 20, 2024

      Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

      May 19, 2024

      Huggies rai Hari Ibu dengan acara fun run, lancar lampin terbaharu

      May 15, 2024
    • Beauty
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

      May 26, 2024

      Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

      May 26, 2024

      Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

      May 26, 2024

      Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060

      May 26, 2024

      Coalition Calls for “Bolder Action” to Make New Residential Buildings Safer

      May 26, 2024

      France: Oil Refinery Blockades By Striking Workers Causing Fuel Shortages

      May 26, 2024

      Modern Fighter Jets Comparison: Parliamentary Committee on Defense Report

      May 26, 2024

      Women’s Tennis Association Could Pull Out of China

      May 26, 2024

      Tokyo Officials Plan For a Safe Olympic Games Without Quarantines

      May 26, 2024

      Review: MotoAmerica Fans Will Be Able To Bet On Races In 2024

      May 26, 2024

      How to Watch Euro 2024 Qualifier Soccer From Anywhere FREE

      May 26, 2024

      Women`s World Boxing Championships: 4 Women Boxers Reached Finals

      May 26, 2024

      Try These 8 Unique Ideas To Make Your Girls Trip Fun And Exciting

      May 26, 2024

      Travel Demand Fuels a Boom in Asia Pacific — Hotel Rooms

      May 26, 2024

      Algeria Takes New Measures to Boost Desert Tourism

      May 26, 2024

      Dubai’s Tourism Sector Witnesses Unprecedented Growth in 2023

      May 26, 2024
    KLHype
    Home » Penjenamaan semula butik COSRY, sasar golongan muda dengan rekaan lebih segar pada harga mampu milik
    Inspire

    Penjenamaan semula butik COSRY, sasar golongan muda dengan rekaan lebih segar pada harga mampu milik

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaApril 13, 2023No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    cosry
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    JENAMA COSRY amat sinonim dengan rekaan glamor, sofistikated dan mewah yang biasanya disasarkan untuk golongan atasan, VIP mahupun selebriti dan artis ternama tanah air.

    Malah jenama ini memang terkenal dengan sentuhan eksklusif untuk bakal raja sehari yang mahu tampil menawan menerusi perincian yang mempesona, tersendiri hasil sentuhan magis Allayarham Putra Aziz.

    Namun, sejak pemergiannya menyahut panggilan Ilahi pada Disember 2021 lalu, ia telah meninggalkan  kesan yang cukup mendalam buat Pengarah Urusan dan Pengasas COSRY iaitu Ariff Quasry Md Din.

    Ariff (kanan) berganding bahu bersama Datin Philomena mengangkat kembali COSRY.

    Mereka bukan saja rakan perniagaan yang bersama-sama mengasaskan COSRY 20 tahun lalu malah mereka adalah rakan akrab yang tiada galang gantinya.

    Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui Ariff dan Putra dalam membina empayar butik yang terkenal di kalangan VIP, selebriti dan artis ternama tanah air itu.

    Sentuhan ‘emas’ Putra menjadikan butik itu antara pilihan utama kepada bakal raja sehari dan mereka yang mengutamakan ketrampilan untuk ke acara rasmi, majlis keraian dan menggayakannya pada musim perayaan.

    Kini Putra tiada lagi dan ‘pemergiannya’ membuatkan Ariff terpaksa mencari kekuatan dalam meneruskan legasi butik itu.

    Selepas enam bulan Putra ‘pergi’, Ariff bangkit semula dan jika selama ini beliau lebih senang berada di belakang tabir COSRY namun kini beliau akan ‘ke depan’ sekali gus meletakkan dirinya sebagai pereka utama COSRY.

    Pemergian Putra Aziz meninggalkan kesan mendalam jenama COSRY.

    “Selepas enam bulan Putra meninggal, pada 4 Jun 2022, butik COSRY yang terletak di Sri Hartamas terbakar dan semua koleksi rekaan Putra yang dikumpul selama 15 tahun  turut terbakar tanpa sempat diselamatkan walaupun sehelai.

    “Barang kenangan arwah hilang lenyap dalam sekelip mata. Bangkit di atas kesedihan itu, saya yakin pasti ada hikmah di atas setiap ujian Allah SWT ke atas hambaNya, lalu saya kuatkan semangat untuk membina semula COSRY.

    “Tragedi itulah yang menjadi titik tolak kepada saya untuk membuka lembaran baru, berfikir secara rasional dan mula merancang untuk memulakan perjalanan baru COSRY,” katanya.

    Berkat doa, sokongan keluarga dan kenalan, Ariff dipertemukan dengan Datin Philomena Simeon.

    Perkenalan mereka bermula apabila Philomena menjadi pelanggan butik dan kebetulan beliau turut meminati bidang fesyen dan tekstil.

    Atas persetujuan perbincangan di antara kedua-dua pihak, Philomena kini menyertai pasukan kerja COSRY sebagai Pengarah dan Rakan Kongsi sekali gus melancarkan penjenamaan baharu COSRY  yang lebih segar, rekaan untuk semua golongan sasaran terutama orang muda dengan harga mampu milik.

    Jelas Ariff, Ketika Putra masih ada, beliau sebenarnya turut memberi idea dan suntikan idea kepada rekaan Cosry namun ketika itu Ariff tidak mahu menonjolkan diri dan memberi sepenuh kepercayaan kepada arwah sebagai ‘wajah COSRY’.

    “Waktu itu saya lebih tertumpu kepada urusan pentadbiran, pembangunan perniagaan dan penjenamaan COSRY.

    “Selepas ketiadaan arwah, pernah juga saya mencari Pengarah Kreatif yang baru namun tiada yang bersesuaian dan memahami rekaan atau DNA yang telah kami berdua asaskan sehingga menjadi ‘signature’ kepada setiap rekaan kami berkonsepkan elegen dan klasik.

    “Atas persetujuan Datin Philomena, maka saya mengambil alih tempat Putra sebagai Pengarah Kreatif COSRY dengan dibantu dua pereka fesyen.

    “Untuk penjenaam semula ini, setiap rekaan adalah ilham dan sentuhan saya sendiri sepenuhnya tanpa ada lagi koleksi Putra. Bukan melupakan ‘magis’ Putra tetapi barangkali ia adalah penyebab untuk COSRY mengkaji semula pasaran dan cita rasa peminat fesyen,” katanya.

    Ariff menambah, COSRY akan tampil dengan rekaan baru yang lebih kelihatan muda tanpa menumpukan semata-mata kepada golongan VIP dan atasan.

    Koleksi Aidilfitri Ready-To-Wear sasar golongan muda dan ditawarkan pada harga mampu milik.

    “Jika sebelum ini juga, rekaan COSRY lebih bersifat ‘mature’ tetapi untuk ‘babak baru’ ini, COSRY perlu mendekati dan mencari pelanggan baru yang berusia 25 tahun ke 35 tahun kerana mereka inilah yang akan menyemarakkan lagi industri fesyen tanah air.

    “Dalam pada itu, COSRY masih terus bermain dengan elemen lace dan kebaya eksklusif kerana itu adalah DNA asal penubuhan COSRY yang begitu terkenal di kalangan pelanggan kami tetapi kini dengan cara dan stail saya sendiri.

    “Impian saya mahu melihat COSRY digayakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Kami turut memperkenalkan rekaan ‘plus size’ dan tidak lagi hanya untuk mereka yang berukuran ‘pinggang secekak’,” katanya.

    Tambah Ariff, sebagai Pengarah Kreatif, kini segala keputusan berkaitan pemilihan kain, ‘material, warna dan rekaan akan ditentukannya.

    Untuk koleksi Hari Raya, terdapat 30 koleksi khusus untuk digayakan dengan tema warna menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus warna-warna garang seperti ‘shocking pink’.

    “Warna-warna garang masih diselitkan dalam rekaan ini kerana ada peminatnya,” katanya.

    Butik COSRY yang baharu akan beroperasi di Jalan Maarof, Bangsar yang sedang dalam pengubahsuaian dan dijangka siap pada Jun ini.

    Buat masa sekarang, COSRY beroperasi di sebuah kediaman di Bangsar dan untuk memudahkan pelanggan untuk melihat sendiri pakaian yang sudah siap atau membuat tempahan, mereka bolehlah pergi ke Pop-up store COSRY yang terletak di tingkat dua, Shoppes At Four Seasons Place,  Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Untuk membuat pembelian dan melihat koleksi terkini jenama itu, pelanggan boleh layari laman web www.cosry.com atau Instagram COSRY.

    Aidilfitri cosry fesyen mewah vip
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleStarvilion Laskar Raya 2023 tawar pembelian baju raya secara ansuran
    Next Article Raya 2023: 6 jenama tempatan popular ini jadi perhatian, tampil koleksi Aidilfitri ekstravaganza!
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 2024

    Pemulihan PLKN tingkat pembangunan belia dan perpaduan negara – Danial Bin Marnokaran Abdullah 

    May 21, 2024

    Bagaikan berada di Bumi Kenyalang, sambutan Aidilfitri SOCC Holdings bertema budaya Sarawak

    May 20, 2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    May 19, 20247

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 20245

    L’OCCITANE Names SEVENTEEN’s MINGYU as First-Ever Brand Ambassador for Asia

    May 26, 20243

    Hairstyle Tips & Tricks for Successful Winter

    May 26, 20242

    Don't Miss

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    By Isz YuslizaMay 26, 2024

    To understand the new politics stance and other pro nationals of recent times, we should…

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 20240
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 20240

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 20240

    Where to Travel for Art & Culture 2023 – Arts & Culture Guide

    May 26, 20240

    Tips To Get The Most Out Of Your New Nvidia RTX 2060

    May 26, 20240
    POPULAR POST

    Onew temui peminat di Malaysia buat pertama kali selepas 16 tahun 27 Julai ini

    By Team Editorial KLHypeMay 19, 2024

    Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah…

    Dining With The Queens: Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet, A Treat Fit For A Queen

    May 26, 2024

    L’OCCITANE Names SEVENTEEN’s MINGYU as First-Ever Brand Ambassador for Asia

    May 26, 2024
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.

    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at

    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Tech Breakthroughs Are Giving Animals the Power to Speak

    May 26, 2024
    8.5

    Review: Xiaomi Redmi 13C: Small Upgrades, Big Value

    May 26, 2024

    How to Improve Heart Health: Diet, Vitamins, Exercise, and More

    May 26, 2024
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.